Kenapa Beli di Boliyoo?

Apa yang membezakan Boliyoo ini dengan players besar seperti Shopee, Lazada dan lain-lain?

Itu satu soalan yang susah untuk kami di Boliyoo cari.

Sebab kenapa nak pilih Boliyoo ini berbanding kedai online yang lain.

Produk Terpilih Sahaja

Platform pasaran selalunya dibuat terbuka. Sesiapa pun boleh masuk. Ini bermakna kualiti untuk produk adalah pelbagai.

Ada yang ok.

Ada yang tak OK.

Ini menimbulkan masalah kualiti. Sebab tu kalau kita tengok sebagai contoh iPhone X, walaupun satu jenama, tapi dua kedai mempunyai 2 maklum balas yang berbeza. Satu teruk, satu lagi elok.

Kita cuba elakkan masalah tu.

Ini bermakna kita nak jual produk yang berkualiti sahaja untuk menjaga pelanggan kita. Supaya pelanggan kita suka hati apabila berurusan dengan Boliyoo.

Penghantaran Hari Sama

Beli hari ni. Dapat hari ni. Tak seronok ke kalau dapat macam tu? Ini sesuatu yang kami cuba lakukan.

Kami menggunakan perkhidmatan Karhoo Courier untuk melakukan penghantaran ini.

Cuma istimewa sikit kalau cakap pasal penghantaran hari sama ni. Pembelian kena buat sebelum pukul 11 pagi. Kalau tak, penghantaran akan dibuat pada hari esok.

Apa yang istimewanya ialah kami menjamin yang barang akan sampai pada hari esok juga. Kalau tak sampai pada hari esoknya tu, kami akan berikan kupon istimewa untuk ditebus di dalam pasaran kami.

Sekarang ini servis hanya ditawarkan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk negeri-negeri lain, penghantaran biasa akan dilakukan.

Ini dua sebab untuk anda pilih Boliyoo. Perlahan-perlahan, kami akan tambahkan lebih banyak sebab untuk anda memilih Boliyoo! 🙂

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *