3 Barang Wajib Bawa Bila Keluar Dengan Baby

Apa yang wajib kalau kita kena travel?

Dalam ni saya kongsikan 3 benda wajib perlu ada kalau nak travel dengan baby atau budak bawah 3 tahun.

Penting tahu, especially bila pergi open house sana sini.

Lampin

Pastikan ada 2-3 helai dalam beg.

Yang saya dah biasa pakai untuk anak saya ialah Drypers Wee Wee Dry. Dia susah sikit bocor. Anak saya ni cepat betul bocor malam-malam. Kencing banyak.

Wipes

Kalau dah berah ke nak tukar lampin ke, mesti kena lap. Yang ni boleh cuba guna yang ada Drypers Wipes dengan cucumbers extract.

Kalau nak kena basuh bontot bayi on the road, ini wajib ada. Baby mesti bising kalau ni tak ada.

Disposable Beg Roll

Kalau dah berak dalam lampin, takkan nak buang merata kan (terutama sekali kalau jalan masih jauh), boleh guna disposable beg ni. Simpan dalam plastik yang betul.

Kalau boleh yang ada bau wangi sikit. Kalau takde bau, nanti bau sangat pula kan?

Kalau anda? Apa pula? Apa benda yang wajib bawa apabila keluar dating dengan anak anda?

Soalan: Ada Tak Caj Transaksi?

Heboh orang kata pasal 2% caj transaksi pada satu platform ekomers terkenal.

Ia akan dikenakan kepada penjual di situ pada 15 Julai ke atas.

Sekarang ni apa yang penjual di situ boleh buat ialah: menyeraikan produk mereka di tempat-tempat lain.

Kami di Boliyoo TIDAK mengenakan apa-apa caj transaksi.

Senang je nak senaraikan produk di Boliyoo.

Pertama, hubungi kami.

Kedua, kami akan hubungi anda. Kita setuju pada satu harga (kami kiranya akan menjadi agen anda).

Ketiga, kami akan buat marketing untuk anda. Itu je.

Lagi banyak tempat ada produk anda, lagi bagus lah untuk anda, kan? 🙂

Soalan: Saya Dah Ada Dekat Shopee, Lazada, Patut ke Saya Senaraikan Produk Di Sini?

Ini salah satu soalan yang biasa kami dengar.

Cuba fikir macam ni: lagi banyak platform tempat anda jual, lagi banyak peluang yang anda ada untuk jual.

Ini peluang untuk anda.

Peluang untuk ada lagi banyak tempat untuk jual produk anda.

Senaraikan produk anda di Boliyoo ini.

Sekarang ini, untuk senaraikan produk di Boliyoo adalah percuma. Tiada caj tersembunyi.

Kenapa Beli di Boliyoo?

Apa yang membezakan Boliyoo ini dengan players besar seperti Shopee, Lazada dan lain-lain?

Itu satu soalan yang susah untuk kami di Boliyoo cari.

Sebab kenapa nak pilih Boliyoo ini berbanding kedai online yang lain.

Produk Terpilih Sahaja

Platform pasaran selalunya dibuat terbuka. Sesiapa pun boleh masuk. Ini bermakna kualiti untuk produk adalah pelbagai.

Ada yang ok.

Ada yang tak OK.

Ini menimbulkan masalah kualiti. Sebab tu kalau kita tengok sebagai contoh iPhone X, walaupun satu jenama, tapi dua kedai mempunyai 2 maklum balas yang berbeza. Satu teruk, satu lagi elok.

Kita cuba elakkan masalah tu.

Ini bermakna kita nak jual produk yang berkualiti sahaja untuk menjaga pelanggan kita. Supaya pelanggan kita suka hati apabila berurusan dengan Boliyoo.

Penghantaran Hari Sama

Beli hari ni. Dapat hari ni. Tak seronok ke kalau dapat macam tu? Ini sesuatu yang kami cuba lakukan.

Kami menggunakan perkhidmatan Karhoo Courier untuk melakukan penghantaran ini.

Cuma istimewa sikit kalau cakap pasal penghantaran hari sama ni. Pembelian kena buat sebelum pukul 11 pagi. Kalau tak, penghantaran akan dibuat pada hari esok.

Apa yang istimewanya ialah kami menjamin yang barang akan sampai pada hari esok juga. Kalau tak sampai pada hari esoknya tu, kami akan berikan kupon istimewa untuk ditebus di dalam pasaran kami.

Sekarang ini servis hanya ditawarkan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk negeri-negeri lain, penghantaran biasa akan dilakukan.

Ini dua sebab untuk anda pilih Boliyoo. Perlahan-perlahan, kami akan tambahkan lebih banyak sebab untuk anda memilih Boliyoo! 🙂

TEMPAT MANA NAK CARI BARANG ONLINE SELAIN LAZ, SHOP, DAN ZAL?

“Li, asyik nampak Laz, Sop dengan Zal je.

Takde tempat lain ke nak usya2 barang online ni?” tanya Aisyah kepada kawan baiknya, Azli.

“Aku ada nampak site baru weh. Boliyoo nama dia. Boli yoo kat situu! Hahaha.” seloroh Azli pada kawannya.

“Serius laaa Li… orang tengah bosan ni nak cari dia wat lawak lak.”

“Eh betul la… kau pergi ke https://boliyoo.com. Memang wujud la. Tak caya lak…”

Apa Boliyoo Sebenarnya?

Boliyo ni sebenarnya platform e-commerce yang fokus kepada produk-produk perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Ada produk yang ingin dijual? Boleh jual dekat Boliyoo ni.

Teringin menyokong produk SME? Boli yoo kat situ!

Sekarang ni tak banyak lagi… baru je buat. Tapi everything has a beginning. Ini pun sama. Slow-slow bina.

Kami sedang mencari usahawan yang ada produk untuk dijual… dan menjadi platform e-commerce yang orang ramai suka nak pakai.

Eh, ada produk nak jual? Meh beritahu! Kami nak jual di Boliyoo ni ha!

Pss… ada produk nak letak di Boliyoo? Mesej atau emel kami sekarang juga!